Saluran Facebook

As salam dan selamat sejahtera
pengakap Seremban Timur juga mempunyai facebook nya sendiri iaitu http://www.facebook.com/sbntimurscout

Selamat mencuba.

Monday, December 21, 2009

Form Pentarafan Pengakap Raja




Sila pilih form mengikut kemahiran download tuan/puan




Friday, June 19, 2009

surat dan form untuk kemporee daerah 2009




Sila download bagi penyertaan.Bilangan peserta mestilah mengikut kategori.PKK setiap sek ren mesti hantar 10 laki2 dan 10 pmpuan.
PM sek men pula mesti hantar 10 laki2 dan 10 pmpuan.
PR sek men pula mesti hantar 10 lelaki dan 10 org pempuan.Bayaran seorang perserta rm20.

Harap segerakan makluman peserta yang akan mengikuti kempore dengan segera ke no hp ini 0193425649(saudara Esad)
Ini bagi tujuan tempahan cenderamata kemporee.

Yang benar,

.........................
Abd Rahim bin Lamin
Pesuruhjaya Pengakap Seremban Timur.

Thursday, June 18, 2009

Jambori Melaka - Gambar

Salam,

Gambar-gambar yang sempat saya rakamkan di Jambori Melaka boleh dilihat di http://www.flickr.com/photos/esad99/collections/72157619262680053/.

Terima kasih.

Wednesday, June 10, 2009

aktiviti-aktiviti Untuk Kemporee Daerah 2009















































































Ini adalah aktiviti-aktiviti yang bakal dipertandingkan dalam Kemporee Pengakap daerah Seremban Timur.








Friday, June 5, 2009

Mengenai Pendaftaran Online Pengakap 2009

Untuk makluman semua ahli pengakap Sbn Timur yg belum berdaftar,bahawasanya pendaftaran pengakap ibu pejabat akan menutup pendaftaranya mulai 30 Jun 2009.jadi bagi yg belum cepatlah daftar sama ada melalui DC Pgkp Sbn Timur atau berbuat sendiri mengikut arahan yang dditetapkan dalam web ini.

Harap maklum
Sekian terima kasih.
06.Jun 2009

Selesai Jambori Melaka 2009

Saya sebagai DC pgkp Sbn Timur mengucapkan terima kasih kepada sek2 daerah Seremban Timur yang mengikuti jambori berkenaan.Saya juga rasa terkilan kerana tdk dpt hadir bersama di sana.Biasanya saya akan turut serta tetapi disebabkan ada urusan keluarga yg mana jikalau ditinggalkan akan menjejaskan hubungan keluarga saya pada masa akan dtg.Tu yg takut tu.Maaf ye.

P/S: If ada gambar jambori Melaka boleh lah email kepada kami.

Thursday, May 7, 2009

Form dan surat kebenaran jamboree Melaka 2009





AWT dan selamat sejahtera.
Form ni secara sah blh digunakan untuk daftar pengakap untuk ke jamboree Melaka 2009.
Ahli pengakap dan pemimpin perlu berdaftar untuk menyertainya. Jikalau tidak dilarang keras untuk mengikutinya.
Bayaran untuk ahli pengakap RM180 untuk kesluruhan perbelanjaan selama 7 hari di sana.
Bayaran untuk pemimpin kurang sikit daripada itu sebab pemimpin tidak mengikuti aktiviti.
Bayaran boleh dibuat terus kepada Encik hamdan bin Mohd Nor dri SK Senawang sewaktu hendak ke sana atau sebelumnya.No tel nya ialah 0126281872.
Borang yg telah dilengkapkan perlu mendapat pengesahan Persuruhjaya Pengakap Seremban Timur.

Sunday, April 19, 2009

Pengumuman mengenai Aktiviti Pengakap 2009

AWT dan selamat sejahtera

makluman ini ditujukan kepada ahli Pengakap dan Pemimpin Seremban Timur.
Aktiviti pertama tahun ini adalah Jambori Melaka yang akan bermula pada 31hb Mei 2009 ini .iaitu selama 1 minggu.
Ahli dan pemimpin yang berkenaan perlu berdaftar dengan pengakap Malaysia sebelum mengikuti jambori berkenaan.Kumpulan yang tidak berdaftar maka sebarang kesulitan pengakap Seremban Timur tidak akan bertanggungjawab.

Pemergian ke Jambori Melaka para peminatnya sila tunggu surat rasmi dari jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.Pemergian ke sana tanpa kebenaran DC ataupun Pengakap Negeri Sembilan adalah diharamkan.

harap maklum mengenai perkara ini.

Sekian,terima kasih


yang benar,

DC pengakap Seremban Timur

Tuesday, April 14, 2009

Pendaftaran Pengakap Online 2009

Pendaftaran pengakap seremban timur pada tahun 2009 boleh dijalankan dengan online.Sebaik-baiknya pendaftaran yang dibuat perlu diberitahu kepada Peseuruhjaya Pengakap Seremban Timur beserta bukti iaitu sebagai rekod kumpulan berkenaan telah membuat pendaftaran online.Iaitu dengan mengemailkan Borang Excel pendaftaran kepada saya.Tuan/Puan bolehlah membuat kutipan kepada murid RM3.Iaitu RM1 x bil ahli pengakap kepada Pengakap Ibu pejabat cek dengan nama PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA” di MAYBANK No Akaun : 514039014506.RM1 x bil ahli pengakap kepada majlis Pengakap Daerah Seremban Timur dengan no akaun 05190000318053 bank CIMB. Dan RM1 untuk tabung sekolah tuan/puan.Ataupun payah rasanya bank in ke akaun saya dulu dengan nama abd rahim bin lamin no akaun MBB,sbn 155014978727



Website Daftar Pengakap Online http://www.myscout.com.my/daftar


Tuan/Puan pemimpin digalakkan memakai uniform pengakap setiap kali program pengakap daerah.

Sekian,terima kasih.

Kumpulan Pengakap Seremban Timur


Senarai ADC pengakap Seremban Timur 2009



Borang Tauliah Pemimpin Pengakap


Borang daftar ahli pengakap dewasa dan pengakap sekolah 2009


Sesuatu yang patut dibaca

Bacalah


CIUM PIPI AYAH SEBELUM CIUMAN TERAKHIR.....

Ayah aku baru meninggal 5/8/2002..3.25pm. Apa yang aku tuliskan sini
adalah untuk mereka yang masih lagi ada orang tersayang, untuk terus
menyayangi dan berjasa sebelum menyesal. Kematian abah amat meninggalkan
kesan yang mendalam apatah lagi meninggalkan mak yang kesorangan.
Anak-anak semua dah besar.kerja semua jejauh. Hidup ini seolah tiada
erti....selama nie setiap suka duka.... pasti telefon dan maklumkan pada
mak dan abah. Kalau naik gaji... dapat keputusan bagus dll...pasti
telefon mereka sepuya mereka gembira. Kalau boleh mahu terus berada di
perak menemani mak yang terus menangis.

Syukur, abah mati dipelukan mak yang mengucap dua kalimah syahadah...di
telinga kirinya...dan aku ketika itu mengucap ditelinga kanannya......
ini adalah kali pertama aku melihat kematian....masih terbayang....abah
memandang jauh kehadapan dan mata nya ke atas.... sambil mengucap dan
memejamkan mata.Sungguh cepat dan tenang...semoga roh abah ditempatkan
digolongan yang beriman. Syukur sembahyang jemaah abah lebih dari
seratus orang...syukur abah dikebumikan dengan selamat.

Sejam sebelum kematian ....sempat berbual dengan abah. Abah kata kalau
nak belikereta tunggulah 2005. Bila time AFTA nanti kereta honda jatuh
harga.Boleh lah bawak mak berjalan.
Wa ktu tu abah dah sihat... dah selera makan.

Pastu...
abah suruh esok pergi buat kad pengenalan baru. Sebab abah dan Mak baru
ambil kelmarin. Abah kata sehari jer buat. Tak payah ambik gambar kat
kedai gambar. Diorang guna digital kamera kat office jer. Tapi abah kata
jangan pakai baju putih. Nanti gambar tak clear. Tapi tak sangka esok
nyer aku pergi sana bukannya utk buat kad pengenalan

aku.....sebaliknya buat sijil kematian abah.

Apabila Izrail datang mengambil nyawa....kita tak boleh mencepat atau
mengajak walau sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abah masa
tu.Tapi macam tak sangka. Abah hanya tengok atas dan tutup mata. Badan
tidak bergoyang walau seinci. Abah cuma nak baring. Sambil mulut
mengucap dua kalimah syahadah.

Pertama kali.... pergi ke rumah mayat jenazah.
Pertama kali.... naik van jenazah,
pertama kali.... buat sijil kematian,
pertama kali.... tak tidur 2 hari,
pertama kali.... asyik menangis,
pertama kali.... menimbus kubur,
pertama kali.... menjirus air mawar,
semuanya pertama kali...........
Dan pertama kali.... juga takkan jumpa abah lagi.

Aku memandikan abah......memasangkan kain ihram sebagai kain kapan.
Ketika ditutup muka abah, aku mencium dahi....pipi kanan.... pipi
kiri.....dan bangun....tetiba hati aku ingin terus mencium lagi... aku
membongkokkan kaki dan mencium dahi nya semula. Ciuman ini adalah ciuman
terakhir. Semasa kecil aku salu cium abah.Tetapi apabila dah besar sudah
lama tidak mencium pipinya.

Ya Allah..tuhan segala alam... aku dan abang mengangkat
jenazahnya...........dan mengebumikannya. hati ini sayu mengenangkan
pemergian abah yang tercinta.

Mak hanya memandang dengan air mata sayu....penglihatannya kosong......
setelah 36 tahun hidup bersama abah......kini tinggal seorang.

Selaku seorang anak.....aku tahu bagaimana kasih seorang abah. Abah
seorang pendiam...... sabar.. dan alim.... Jemaah masjid...bendahari
masjid.....dan pelbagai amanah kebajikan
dilakukannya.

Aku selama ini tidak pernah meluahkan kasih kepada abah secara terus
terang.Memang sayang abah... cuma... dengan abah saya hormat dan
memendam kasih saya.....Lainnya pula dengan emak...yang sentiasa
berterus terang.... seringkali tidur di peha.

Kelmarin, aku baca dairi abah.Tak sangka abah pun tulis diari.
Tiada apa yang ada dalam dairi itu melainkan perkara anak-anak nya.
Semuanya berkisar tentang anak-anaknya .Aku sendiri tak ingat bila aku
beli kereta.

Tapi abah catat..18 February..rizal beli kereta satria hijau 1.6.....
abah catat setiap kali anak nya telefon beserta waktunya. Sekali tu jam
1.00 pagi aku telefon dari KL.....abah pun catat. Semuanya abah catat
berkenaan anaknya.

Abah catat rizal balik jam 2.00 tengahari bawa keropok. dll.......Abah
catat Kak Se keguguran..... Abah catat Shaifol (abang sulung) ke
KL......menangis kami semua bila baca dairi tue....

Abah sayang anaknya..... tak pernah tunjuk...sebab abah lebih suka
mendiam dan tidak bercakap pasal orang.Begitu juga dengan orang lain
ayah hanya banyak cakap pasal ilmu agama dan berkenaan anak-anaknya
sahaja.

Ada kawan kampung abah baru nie cakap "Abah kamu masa hidup salu cakap
pasal anaknye. Sorang keje sana sorang keje sini. Dia bangga ada macam
korang". Tapi jauh di sudut hati aku, aku masih terkilan sebab aku salu
fikir... aku...bukan anak yang baik.

Abah memang suka tulis. Kalau fail atau dokumen pasal kereta, rumah,
bil,kedai dll memang semua tersusun.. Aku terjumpa buku nota kuliah
subuh abah yang terbaru..... catatan terakhir yang abah tulis "hati
orang beriman sentiasa ingat kubur"

abah gariskan perkataan ingat kubur.... dan kami bersyukur bahawa abah
sememangnya telah bersiap sedia untuk meninggal.

Dan menyerahkan kepada Allah untuk melepaskan seksaan di kubur dan api
neraka. Abah memang suka budak kecik..pantang anak saper pasti dia
dukung...bawak berjalan...... cucu-cucunya setiap kali balik pasti nak
tidur sama.
Kini semuanya tiada.

YaALLAH....
aku tak tahu bagaimana kehidupan utk diteruskan...tanpa Abah......baru
bercadang nak balik dan bertekad bonus tahun nie nak kasi abah seribu
mak seribu... tapi Allah lebih menyayangginya... abah meninggal
5hb..tidak sempat merasai bonus pertama anaknya yang baru masuk 10hb
Ogos 2002.Kali nie tak sangka bonus banyak digunakan untuk majlis tahlil
dan batu nisan untuk abah.

Tok Imam ada cakap kat kami.... "kubur ayah dikorek... pastu
ditanam...tanahnya masih penuh kat tepi.... terlebih tandanya seorang
yang pemurah....sedangkan ada sesetengah kubur dikorek pastu ditimbus
semula masih tak cukup tanah." "abah kamu wajahnya senyumnyer walau pun
dah meninggal"
"Abah kamu waktu dimandikan dah bersih...tak der kotor najis pun
takder"... perkara itulah menyedapkan hati kami.... untuk jadi seperti
abah....

Sembahyang Jumaat minggu sudah di Masjid..... aku memulangkan semula
duit masjid dan buku akaun yang abah pegang selaku bendahari. Sambil
mengira kutipan Jumaat hari itu tok imam dan bilal turut menangis....
"Dulu abah kau yang tolong kira pastu tulis kat white board tu".........


Ini semua membuat aku rasa terpanggil untuk kembali ke kampung walau
kerja apa sekali pun....


YaAllah...
sesungguhnya kematian ini memberi hidayah pada aku ....
Talkin buat abah masih segar...
" Wa hai Polan Bin polan...ketahuilah kamu bahawa mati itu benar, kiamat
itu benar, Allah itu benar" dan, kita yang hidup akan pergi juga....
Lelaki berat tanggungjawabnya....
suami menanggung dosa isteri dan anak-anak.... isyaAllah selaku
anak-anak kami telah dibekalkan ilmu agama.

Cuma...aku kini telah lupa untuk mengamalkannya sejak mula bekerja
setelah terlupa dgn nikmat Allah.. Mak juga seorang yang solehah....
saya yakin Allah maha pengampun dan maha bijak sana dalam menentukan Al
-Mizan..

Dulu mak dan abah tiap waktu ke Masjid dekat rumah berdua.... tapi
sekarang nie mak kata mak takut nak ke masjid seorang diri takut tak
tenang hati teringat abah.
Inilah perasaan aku sekarang. Buat korang yang masih ada....
jadikan iktibar..... Cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir.
Dan curahkan kasih sayang tanpa selindung.

Tunjukkan.....

**Sayangi lah orang tua mu selagi mereka masih ada.....

--
^ _ ^


~Orang yg baik adalah org yg pernah melakukan kesalahan &
belajar dari kesalahan itu untuk menjadi org yg lebih baik.~

Kadar yuran Pengakap 2009

Kadar Yuran Pendaftaran Pengakap Seremban Timur 2009


1. Kumpulan RM 10.00
2. Pemimpin RM 5.00
3. Pengakap Sekolah RM 3.00


Harap maklum.

Pengumuman daftar pengakap 2009

Pengumuman kepada sekolah-sekolah yang berada di bawah Pengakap Daerah Seremban Timur

Semasa pendaftaran pengakap hal ini adalah amat penting iaitu semasa membuat pendaftaran pengakap sekolah di awal tahun.

No.Akaun Majlis Pengakap Daerah Seremban Timur
ialah :05190000318053
Alamat surat menyurat : Abd.Rahim bin Lamin
Pesuruhjaya Pengakap Daerah
Seremban Timur
D/A
Sek.Keb.Senawang
70450 Seremban,
Negeri Sembilan

Gambar ahli pengakap Seremban Timur




Gambar ini adalah sebahagian sahaja gambar ahli pengakap Seremban Timur ada lagi gambar lain yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.














































Pengakap SMK ACS Seremban selepas Anugerah Rambu PM dan PR 2009